SEGAK AKAN DILAKSANAKAN PADA 2008

STANDARD KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH

1. Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia (SEGAK) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

2. “SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sessi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

DiFinasi Kecergasan Fizikal

Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan daripada ancaman penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa, kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya.” Falls, 1980

Matlamat

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif Murid dapat :

1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;

2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;

3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;

4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan

5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.

Prosedur

1. Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

2. Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka.

Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;

1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )

2. Tekan Tubi ( 1 minit )

3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )

4. Jangkauan Melunjur

3. Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.

4. Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos.

5. Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.

Untuk maklumat lanjut sila download link dibawah:

Nada pengukuran   

http://www.ziddu.com/download.php?uid=aq2hnJmlbK2cmZzzaqqZnJGlaqeblJY%3D8

Borang segak    

http://www.ziddu.com/download.php?uid=aK6blJusbK2fmpensayZlJyiY6yWlpSn3

Slide segak

 http://www.ziddu.com/downloadlink.php?uid=Zqyhl5ilbKualuKnZaqhkZSnYquil5io5

Ikan Mempunyai 2 Mulut

ikan 2 mulut

Dunia dah nak Kiamat

SUBHANALLAH… Inilah tanda keajaiban Allah. Ia sebagai satu kebesaran untuk kita beringat. Untuk kita bertaubat dan muhasabah diri.. Anggaplah kebesaran ini merupakan keajaiban yang akan menguatkan keimanan terhadap Illahi.

Cikguzailani.net › Cipta Kiriman Baru — WordPress

Cikguzailani.net › Cipta Kiriman Baru — WordPress

Apa Itu GLOKALIKASI

Glokalisasi ialah gabungan dua perkataan dalam bahasa Inggeris, iaitu
“global” dan “local” yang memberi maksud mengambil unsur-unsur
global menjadi lokal, dan dalam masa yang sama menjadikan unsurunsur
lokal menjadi unsur-unsur global.

Dengan perkataan lain glokalisasi boleh diertikan sebagai penyesuaian produk global
dengan ciri-ciri tempatan, atau produk tempatan dengan ciri-ciri global.

Sebagai contoh:
(a) McDonald’s mengeluarkan produk-produk makanan Melayu seperti McSatay,
McRendang dan Bubur Ayam McD.

(b) Produk luar negara menggunakan artis tempatan sebagai model iklan produknya
untuk menggambarkan produk ini sesuai dengan budaya tempatan. Contohnya,
Mawi dengan kamera digital Canon.

(c) Contoh yang baik untuk menggambarkan penyesuaian produk tempatan dengan ciri-ciri global ialah keropok lekor dan nasi dagang Terengganu yang menggunakan
jenama T- Lekor dan T-Dagang untuk difrancais di luar negara.

SK Parit Baharu Johan Kriket MSSD 2008

31.1.2008

Tahniah kepada semua ahli pasukan kriket, Jurulatih dan pengurus kerana kejayaan menjuarai Kejohanan Kriket MSSD Sabak Bernam 2008. Kejohanan yang telah diadakan di SK Binjai Jaya itu telah dihadiri oleh 5 buah pasukan di Sabak Bernam. Kejuaraan ini adalah yang ke6 berturut-turut. Syabas dan tahniah kepada Cikgu Saari Mohd Saad, Cikgu Zool Fadzli dan Cikgu Mohd Zailani Somingan

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.